SEARCHING FOR THE BLOG

WELCOME TO BLC 2 PAGE


ShoutMix chat widget

Thursday, October 22, 2009

Doa-Doa Menghadapi Peperiksaan

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:



(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,

wa ''ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii ''aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan




(Wa hai yi''lanaa min amrinaa rashadaa)


Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan




(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu

Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)



Doa memohon kejayaan cemerlang -

dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.


(Allahumma inni as-alukal fauza ''indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa ''ai syas su ''a da'' wan nasra alaal a ''daa'')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada''
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh









Petua Menghadapi Peperiksaan




• Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat



Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.




• Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)



Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.




• Banyakkan pembelajaran secara output learning


Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.



• Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi


Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.



• Nota ringkas


Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.



• Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya


Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.



• Pemakanan berkhasiat dan seimbang


Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein (seperti kopi) kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.



• Kawal emosi


Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.




• Banyakkan berdoa dan bersolat


Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Sebagai seorang Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.



• Jangan panik


Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50% apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri, anda boleh menjawabnya.



Saturday, August 8, 2009

ALBUM BLC 2














p/s : ukhuwwah itu indah andai bertemu dan berpisah kerana ALLAH s.w.t

Wednesday, April 29, 2009

happy birthday sir!!!


HAPPY BIRTHDAY 36th....

Friday, April 24, 2009

Happy Birthday to Sir Akhdiat ...

Bersama isteri tercinta
Adila , Yusmaria, Falihin ,Afnie , Musfiroh
Adha , Abdullah , Aisamuddin


bergambar kenangan BLC 2 bersama sir Akhdiat
sdpnya kek ni.!!

Terimalah hadiah yang x seberapa dr kami...moga sir gembira disamping isteri dan anak2 tercinta...sebenarnya nak buat kejutan kt sir tp memandgkan planning x menjadi..hanya sekadar yg termampu..nanti thn depan kami bwk kek besday yg 3 kilo plak..


SELAMAT HARI LAHIR YG KE -36

SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN

DIPANJANGKAN UMUR HENDAKNYA..

INSYAALLAH...
IKHLAS DR KAMI : BLC 2

Friday, April 10, 2009

handphone glass

I want to make one magic glass; with this I can take the picture, video, read and reply message, hear the music and call and answer the call. This glass name is ‘HANDPHONE GLASS’, at the both stick of the glass I will put the remote to control this thing. Camera, video and message we can use it at the glass mirror, to use it we only touch the remote at stick glass, this remote is touch screen. Music we can hear at the last part of the glass stick and the sim card we will put it at the glass stick. If we want to type message, we has to type, first, we only think in mind the word what we want ,and this word will appear at the mirror, and the second skill is, we can use the remote, we type the word what we want, and the word will appear at the mirror. This magic glass contains 500 GB of memory and 10MP of camera and video quality. With HANDPHONE GLASS our life become more amazing and smart.

1080959......sofi japri